BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

WARNING . A NON-STOP DREAMS ABOUT THE FUTURE OF MY LIFE , MY PASSIOn and fabulousity

Thursday, December 30, 2010

Lately aku kurang mendapat tidur secara normal.Aku hairan kenapa aku tidak merasa ngantuk dan tidak merasa hendak tidur.Mata dan pemikiran aku hanya berpandukan Google,FB,Youtube dan Blogging. Aku tau ini adalah habit yang kurang sehat dengan menatap laptop lebih dari 12 jam.Owh gosh.Ini suatu ketagihan buat aku kalau dah online.Aku jadi lupa dunia.Kalau tak online aku menghabiskan masa dengan kawan2 aku diluar tetapi di hp aku tetap jugak online especially FB.Bahkan kekasih pun tak smpai begini.

So aku melabelkan aku kena penyakit Insomnia.Aku tak dapat tidur dimana jam yang aku sepatutnya tidur.Aku ada gangguan untuk tidur.Tidak ada apa2 yang dapat melelapkan aku untuk tidur.Dan aku sendiri mengkaji banyak benda di google dari Mamalia Ke Malaria,dari Islam ke Kristian,dari map kuala lumpur ke map selangor,dari berita dunia ke kosert hiburan,dari manusia berjari 10 ke manusia berkaki tiga.Semua benda yang diupdate dan yang sudah ketinggalan aku layan dan tengok.Aku memang tak dapat tidur tetapi keuntungan aku,aku dapat banyak pengetahuan dan teori tentang dunia dan alam semestanya.Sungguh indah dunia ini dengar siber yang tanpa hadnya.Tanpa perlu ke library aku hanya duduk di rumah.


dan ini sedikit fakta tentang insomnia.:

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur.Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya.

0 comments: